Di Manakah Keadilan Allah?

Allah kan berhak menentukan manusia itu kafir atau Islam..

Jadi kalau kita dah Islam ,Alhamdulillah lah,kalau orang kafir itu? Sebab takde manusia pun minta untuk jadi seleweng dari agama yang benar .

***** tidak menidakkan keadilan Allah ,cuma tertanya..

Bismillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Beberapa hari yang lalu saya diajukan soalan ini oleh seorang kenalan,persoalan yang mungkin bermain dalam minda kita tanpa  sedar, atau kita sedar , namun cepat-cepat tidak memikirkannya kerana takut kita buntu tidak menemukan jawapan yang tepat.

DEFINISI KAFIR YANG SEBENAR

Kafir pada pemahaman orang Islam kebiasannya ialah :mereka yang menganuti ajaran selain daripada ajaran Islam.

Takrif ini adalah benar,namun perlu kepada sedikit penambahan pada hemat saya ,secara automatisnya apabila seorang kafir itu tidak menganuti ajaran Islam ,maka segala hukum dan syariat yang dituntut dalam agama ini tidak terlaksana ke atasnya, atau dalam bahasa mudahnya ,dia tidak diwajibkan untuk melaksanakan apa-apa tuntutan.

HAD PEMISAH IMAN DAN KUFUR ?

Disini saya sertakan mengenai penerangan had iman dan kufur menurut Syeikh Syaltut,

  1. Tidak beriman dengan kewujudan dan keesaan Allah.
  2. Tidak percaya bahawa Allah tidak menyerupai/bersatu dengan makhluk,dan Allah tidak dilahirkan semula.
  3. Tidak beriman dengan keesaanNya mentadbir cakerawala , berhak disembah dan disucikan.
  4. Tidak beriman bahawa Allah s.w.t yang menurunkan wahyu ,mengutus para rasul , dan menurunkan kitab-kitabnya melalui perantaraan malaikat.
  5. Tidak beriman dengan kandungan semua kitab daripada rasul-rasul , ataupun membeza-bezakan antara rasul yang yang diceritakan kepada kita ,lalu beriman dengan sebahagian daripada mereka dan kufur dengan sebahagian yang lain.
  6. Tidak beriman bahawa kehidupan dunia pasti binasa , dan balasannya menanti di alam kehidupan yang lain  , iaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi.
  7. Tidak beriman dengan kandungan semua kitab rasul-rasul/mempercayai sebahagian dan mengingkari sebahagian yang lain
  8. Meyakini kehidupan dunia adalah satu kehidupan yang berkekalan/meyakini dunia akan binasa namun mengingkari hari kebangkitan
  9. Melaksanakan sesuatu berdasarkan hawa nafsu (mengharamkan apa yang baginya haram, menghalalkan apa yang dirasakan halal baginya)

maka adakah jika ada sebahgian yang tidak beriman dengan sesuatu yang demikian adalah kafir disisi Allah ? dan dia akan dilemparkan ke dalam neraka jahannam buat selama-lamanya,

TIDAK ! tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali.

 

DISISI ALLAH APAKAH HUKUM KEKAFIRANNYA?

Kekafirannya bergantung pada tahap keingkarannya daripada sudut akidah ataupun sesuatu daripada ataupun sesuatu daripada perkara-perkara di atas;

  1. Sudah sampai dakwah Islam kepadanya dengan cara yang tepat dan berpuas hati dengan Islam , namun belum memeluk Islam . Sama ada disebabkan kesombongan , tamak pada harta yang dimiliki padahal tidak kekal , atupun takut dicaci dengan tohmahan.
  2. Dakwah Islam itu tidak sampai kepadanya
  3. Menerima dakwah Islam , namun disampaikan dengan gambaran yang menakutkan .
  4. Menerima dakwah Islam dengan gambaran yang tepat , namun dia bukan orang yang mampu berfikir.
  5. Menerima dakwah dan seorang yang mampu berfikir tetapi mati dipertengahan pencarian.

Maka dengan ini dia tidak dikategorikan sebagai seorang kafir yang berhak kekal dalam api neraka Allah.

 

ALLAH AR-RAHIM

ar-rahim

Antara sifat yang wajib bagi Allah s.w.t itu ialah ar-Rahim,yang bermaksud Maha Pengasih.Mana mungkin yang Maha Pengasih menyiksa hamba-hambanya hanya kerana hamba itu dilahirkan kafir , sedangkan itu adalah termasuk dalam perkara di luar kehendaknya.

Sepertimana firman Allah s.w.t di dalam al-Quran:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

Maksud:Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hamba-Nya.(41:46)

SYURGA ATAU NERAKA ?

Sering kali kita merasa bahawa kita telah beriman dengan keimanan yang sejati , kita telah memberikan pengorbanan seluhurnya , kita telah berjuang dan bermujahadah dengan sepenuhnya ,namun pengakhiran kita tiada siapa yang tahu ,YA kita antara golongan bertuah yang dipilih oleh Allah hidup bernuansakan ISLAM ,hidup dalam penuh keberkahan rahmat Islam yang terlalu luas untuk kita hitungkan namun ,itu bukan jaminan bahawa esok kita masih berada di bawah naungan yang sama.

Sebagaimana sabda Rasul yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ   ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ      أَوْ سَعِيْدٌ.    فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ  الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا

maksudnya:Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan : Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada Ilah selain-Nya, sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli surga hingga jarak antara dirinya dan surga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli surga  maka masuklah dia ke dalam surga.

Tugas kita adalah terus mempelajari , serta memperdalami ajaran agama ini,membaca dan mengkaji bahasan ulama’,menyelusuri seerah para rasul dan mereka yang berjalan di atas jalan juang yang sama.

Syurga atau neraka bukan milik kita , bukan milik sesiapa,ia hanya milik Allah semata.

“nahnu du’ah wa laisa qudhoh”

Moga bermanfaat!

 

231216

1650

sumber:Buku Fatwa Kontemporari,Dr Yusuf al-Qaradhawi

Blog:http://drmaza.com/home/?p=1661

 


Leave a comment